Saturday, February 12, 2011

CINTA

Sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya mencintai seseorang,kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang. Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu. Tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas serta jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi dirimu. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan juga kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan… relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti. Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. ker ana cinta sendiri akan memilihnyer..

No comments:

Post a Comment