Saturday, February 12, 2011

CINTA

Sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya mencintai seseorang,kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang. Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu. Tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas serta jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi dirimu. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan juga kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan… relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti. Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. ker ana cinta sendiri akan memilihnyer..

Friday, February 11, 2011

Cinta Tak Semestinya Memiliki

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri
dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan
memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan
mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan
kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada
kebahagiaan kerana menerima. 


Tapi…
lain bila kita menginginkan
sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang
memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap
mampu di pikul bahu. Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…


Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..